Bukti Komisen FLB RM400

Lagi bukti bayaran komisen dari Program FLB. Komisen RM400.00 telah di depositkan kea akaun Maybank saya!

Lihat bukti komisen!

m2u1105400 300x108 Bukti Komisen FLB RM400

Bukti Komisen FLB RM200.00

Salam…

Alhamdulilah sekali lagi terima komisen dari Program FLB! Walaupun untuk komisen kali ini tak lah begitu banyak namun ia sebagai pencetus supaya saya lebih bekerja keras untuk mendapatkan lebih banyak komisen.

Saudara Mohd Nizam telah transfer RM200.00 ke akaun Maybank saya!

Sila lihat bukti…

buktim2u25 300x98 Bukti Komisen FLB RM200.00

Bukti komisen FLB RM700.00

Salam…

Akhirnya kerja keras selama ini mendatangkan hasil!

Setelah 2 minggu join Program FLB akhirnya komisen RM700.00 telah diterima.

Saudara Mohd Nizam telah transfer RM700.00 ke akaun Maybank saya!

Sila lihat bukti…

buktim2u5 300x113 Bukti komisen FLB RM700.00

Adakah Program FLB Ini MLM?

Saya terpaksa menulis post ini untuk menjawab pertanyaan ahli-ahli FLB biasa….

Pengenalan kepada perniagaan rangkaian.

Ramai diantara kita yang mengetahui apa itu perniagaan MLM.

Secara logik akal, ramai orang yang memahami perniagaan MLM adalah perniagaan yang dimiliki oleh seorang atau sekumpulan pengusaha dimana mereka membenarkan orang lain mendapatkan pendapatan daripada pemasaran yang mereka wujudkan dengan syarat orang yang melibatkan diri tersebut perlu menjadi ahli.

Istilah seperti ‘Upline’, ‘Downline’, ‘Stokis’ sudah menjadi seakan sebati dalam pemikiran kita tentang perniagaan MLM ini.

Pelan pemasaran berbentuk binary dan komisen berperingkat sudah menjadi pemahaman kita tentang perniagaan MLM ini juga.

Sebelum saya menghuraikan pemasaran rangkaian ini eloklah kiranya saya menjelaskan terlebih dahulu tentang konsep perniagaan MLM ini…

Konsep Perjalanan Perniagaan MLM.

Konsep perniagaan MLM adalah membeli, menjual dan menaja.

  • Ahli akan membeli produk pada harga yang murah berbanding harga bukan ahli.
  • Ahli yang lebih lama berbanding ahli yang baru dipanggil sebagai upline, manakala ahli baru dipanggil sebagai downline.
  • Ahli perlu menjual produk atau menaja ahli baru untuk mendapatkan komisen. Sistem pemasaran seperti stair step, binary, unilevel, matrix merupakan sistem yang boleh digunakan bagi tujuan penjanaan pendapatan.

NOTA : Kunci kepada pemasaran rangkaian ini adalah membeli, menjual, menaja, menaja dan menaja.

(1.)    Perniagaan ini bukan program pelaburan! Perniagaan ini bukan program pelaburan seperti pelaburan unit amanah atau simpanan deposit tetap.

Perniagaan ini tidak akan memberikan kita pendapatan dengan hanya duduk diam tanpa melakukan sebarang jualan.

Sebanyak mana pun wang yang kita laburkan tidak bermakna kita akan memperolehi pendapatan lumayan sepanjang masa.

(2.)    Perniagaan ini bukan skim cepat kaya!

Mereka yang berjaya mendapat status jutawan dalam perniagaan ini tidak memperolehinya dalam masa satu hari atau sebulan. Saya pasti mereka mengambil masa paling kurang 1 tahun untuk mencapai status jutawan.

Oleh yang demikian perniagaan ini bukan perniagaan yang dijalankan selama satu atau sebulan.

(3.)    Perniagaan ini bukan 100% program menjual!

Tidak semestinya anda seorang penjual yang sangat berjaya dalam menjual produk mampu berjaya dalam perniagaan MLM ini.

Pokoknya perniagaan MLM ini tidak berkonsepkan untuk menjual produk 100%.

(4.)    Perniagaan ini bukan perniagaan 9-5!

Seseorang yang kerjanya makan gaji dimana bekerja dari 9 pagi hingga 5 petang akan memperolehi gaji setiap hujung bulan.

Walaupun kerjanya hampir 50% dilebihkan kepada tidur, mereka tetap memperoelehi gaji.

Perniagaan MLM ini memerlukan masa yang lebih lama sehinggakan larut malam.

Saya telah menjelaskan beberapa kriteria perjalanan perniagaan MLM…saya harap anda sudah mendapat paling tidak pun sedikit input mengenai MLM.

Apa yang saya faham tentang Program FLB ini?

  • Terus terang saya katakan Program FLB ini tidak memerlukan anda untuk maintain iaitu maintan beli produk.
  • Produk untuk program FLB ini adalah produk maklumat yang tidak boleh didapati dari mana-mana tempat…maksudnya produk maklumat yang di berikan adalah tidak ternilai… :-D Walaupun begitu ianya telah di jual dengan harga RM…
  • Jika anda mahu buat duit Program FLB ini menyediakan ruang dan peluang untuk anda…saya rekomen bahawa sistem FLB ini adalah sistem terbaik yang pernah saya jumpa untuk menjana pendapatan. Saya tidak perlu berjumpa dengan orang semuanya di jalankan dalam talian.

Personal review dari saya Program FLB ini BUKAN PROGRAM MLM!

Terserah kepada anda untuk menilainya…saya telah menjana ribuan ringgit dari program FLB ini…lihat bukti komisen!

Emmm…rasanya cukup untuk penjelasan saya setakat ini…saya akan menmbung untuk post yang lainnya..

Direct Marketing VS Internet Marketing.

Sebenarnya saya tak tau nak letak tajuk apa untuk post kali ini. ;-)

Namun begitu matlamat saya untuk post kali ini adalah untuk menerangkan kepada anda bagaimana teknik pemasaran direct marketing (telah di bincangkan pada post) ini telah berjaya di convertkan ke teknik pemasaran internet (Internet Marketing) melalui program FLB.

Seperti yang anda telah maklum, Direct Marketing menjadikan prospek (list) sebagai kunci utama atau matlamat utama kejayaan perancangan pemasaran.

Program FLB telah berjaya membina prospek (list) di internet dengan menyediakan 'Landing Page' yang dapat menarik minat pelawat untuk meninggalkan nama dan alamat email mereka.

Itu kelebihan pertama yang saya nampak dalam Program FLB ini.

Saudara Mohd Nizam (copy writer Malaysia) berjaya mendidik prospek (list) dengan follow up email yang bermanfaat.

Satu lagi kelebihan yang saya nampak dalam program FLB ini.

Saudara Mohd Nizam telah berjaya membina keyakinan dan hubungan baik dengan ahli FLB dengan jayanya. (Tidak ramai internet marketer yang mempunyai skill ini).

Maklumat dan tips yang ditulis dalam email sentiasa mendapat perhatian daripada ahli-ahli FLB itu sendiri.

Kejayaan Saudara Mohd Nizam menggunakan kemahiran menulis iklan (teknik ini telah ditulis dalam buku yang ahli FLB Pro terima) dalam menggunakan Google Adword sangat-sangat berkesan dalam menarik trafik.

Satu lagi kelebihan yang saya nampak dalam program FLB ini.

Majoriti website yang di bangunkan tidak menggunakan kaedah SEO. Namun setiap hari pasti ramai prospek (list) yang berjaya di bina. Itu yang menghairankan saya… :roll:

Apa-apa pun program FLB ini merupakan program internet yang paling berjaya dan saya berani meletakkan bahawa saudara Mohd Nizam adalah pelopor kepada penggunaan iklan di Google adword yang paling berani dan berjaya!

Bersambung…

Perancangan teliti pemasaran program FLB.

Bagi saya mana-mana perniagaan dan perusahaan memerlukan perancangan dan kaedah pemasaran yang betul-betul berjaya untuk mendapatkan keuntungan.

Tidak terkecuali dalam perusahaan produk maklumat. Tanpa perancangan dan kaedah pemasaran yang betul perusahaan produk maklumat yang di usahakan tidak akan berjaya.

Mungkin faktor perancangan pemasaran dalam perusahaan produk maklumat yang saya usahakan sebelum ini menjadi punca mengapa perniagaan yang saya jalankan tidak membanggakan!

Program Formula Luar Biasa (FLB) ini telah mendapat kajian teliti dari segi perancangan pemasarannya.

Maka tidak hairanlah Program FLB ini meletup sehingga kini!

Daripada kajian yang saya buat, perancangan pemasaran dari kaedah pemasaran gaya pos (Direct Marketing) adalah dengan mementingkan penulisan pengiklanan, penulisan surat jualan dengan mendapatkan nama dan alamat prospek terlebih dahulu.

Maknanya kaedah direct marketing ini tidak terus menjual!

Apa yang di beri perhatian adalah mewujudkan hubungan yang baik dengan prosepek (list) terlebih dahulu.

Maksudnya adalah seseorang itu tidak akan membeli jika mereka tidak mengenali si penjual.

Dari masa kesemasa prospek (list) akan di 'follow up' dengan surat jualan yang menyuruh prospek melakukan sesuatu (membuat pembelian).

Mmmm…rasanya cukup untuk penerangan saya berkenaan strategi pemasaran gaya pos (Direct Marketing) ini kerana apa yang lebih penting adalah program FLB ini telah menggunakan konsep dan perancangan pemasaran yang sama.

Apabila strategi dan perancangan pemasaran sebegini di implementasikan ke internet ianya pasti akan menjadi lebih hebat!

Bersambung…

Personal Review Making Money Online Program With FLB Pro.

Permulaan Cerita Perusahaan Produk Maklumat.

Salam,

Nama saya Masrule Hamid. Saya ada cerita kejayaan & kekayaan yang mahu di kongsikan bersama anda.

Sebelum itu anda perlu tahu bahawa pada masa sekarang ini saya masih lagi bekerja dan menyimpan hasrat untuk kerja sendiri pada satu hari nanti .

Sebelum ini bermacam-macam jenis perniagaan yang telah saya lakukan, bermacam-macam kursus yang telah saya hadiri.

Namun tiada satu pun yang betul-betul boleh buat duit! Bukan mengeluh tetapi sekadar peringatan dan muhasabah kepada diri saya sahaja.

Salah satu perniagaan yang telah saya usahakan adalah perniagaan produk maklumat di internet! Perusahaan ini telah saya lakukan hampir 4 tahun namun masih belum buat duit juga.

Namun kerana minat saya teruskan juga perjuangan perusahaan ini!

Apa yang menarik tentang perusahaan ini adalah saya tidak perlu mengeluarkan modal yang besar…cuma idea dan usaha keras yang di jadikan sebagai modal.

Rata-rata produk maklumat yang saya jual tidak melebihi RM50.00 namun jualan produk maklumat ini tidak begitu membanggakan.

Namun saya telah di kenalkan dengan satu program yang berasaskan perniagaan produk maklumat yang mengujakan.

Program Formula Luar Biasa (FLB) benar-benar menggugat mentaliti saya tentang perniagaan produk maklumat di Malaysia.

Mana tidaknya, produk maklumat ini dijual dengan harga RM295.00 dan ternyata meletup. Saya berfikir bagaimana program perniagaan produk maklumat ini boleh meletup.

Setelah di selidiki owner program ini saudara Mohd Nizam adalah seorang pengusaha produk maklumat (rare) yang menggunakan kaedah pemasaran gaya pos.

Melalui kajian saya perniagaan produk maklumat di internet ini pada asalnya adalah dari perniagaan yang di jalankan melalui pos (Direct Marketing).

Tidak hairanlah beliau mempunyai kepakaran dalam penulisan direct marketing (Copy Writer).

Lihat sahaja bagaimana hasil tulisan surat jualan (sale letter) beliau sugguh mengujakan.

Pada pendapat saya untuk menulis surat jualan power ini seseorang itu perlu mempunyai pengalaman paling kurang 2 tahun.

Apa yang penting sekarang ini adalah bagaimana sistem buat duit program FLB ini betul-betul memberi manfaat.

Bersambung…

3 Sebab Mengapa Perlu Menjadi Penulis

Menulis bukanlah sesuatu yang susah, asalkan ada kemahiran menulis dan membaca sudah mencukupi. 

Menetapkan minda untuk menjadikan menulis sebagai kerjaya yang menjadikan ianya sesuatu yang sukar.

Oleh yang demikian berikut adalah 3 sebab yang dapat saya senaraikan mengapa anda perlu menjadi penulis, fikirkan sebab-sebab yang disenaraikan dan cuba untuk menjadikan sebab tersebut sebagai matlamat anda menulis.

Sebab # 1 : Menjana Pendapatan. Menjana pendapatan menjadi sebab utama bagi ramai penulis menulis buku, tidak terkecuali saya. Lihat sahaja saudara Azizi Ali yang telah menggemparkan industri penulisan buku dengan karya tulisan buku motivasi panduan kewangannya. Sehingga sekarang, telah bermacam buku yang telah ditulis oleh beliau. Tidak hairanlah bahawa beliau ketika ini sedang mencetak wang dari empayar penerbitan buku hasil penulisan buku.

Sebab # 2 : Memberi dan berkongsi ilmu. Biasanya menulis buku kepada pembaca wujud dari idea bagaimana mahu menterjemahkan sebuah panduan kedalam bentuk tulisan. Harapan oleh banyak penulis agar buku yang di hasilkan menjadi sesuatu yang sangat bermanfaat kepada semua orang yang membacanya. Menulis buku merupakan satu kaedah penyampaian ilmu yang sangat berkesan.

Buku teks merupakan contoh bagaimana ilmu itu dapat dimanfaatkan oleh pelajar sekolah. Buku motivasi menjadi panduan kepada mereka yang perlukan motivasi tanpa berjumpa pakar kaunseling.

Sebab # 3 : Meluahkan pendangan dan perasaan. Ada sesetengah penulis yang mahu meluahkan perasaannya dengan menulis, dengan harapan perasaannya itu dapat diluahkan dengan pembaca.

Oleh yang demikian jika anda mempunyai perasaan yang mahu diluahkan, maka bolehlah menulis buku untuk menterjemahkan perasaan. Menulis novel merupakan contoh bagaimana perasaan anda dapat diluahkan melalui tulisan.

Terserah kepada anda untuk memilih bidang penulisan anda, apa yang lebih penting adalah anda perlu memulakan proses pembelajaran penulisan anda sekarang!

2 masalah perniagaan maklumat

Dua Situasi Masalah Yang Akan Anda Hadapi Untuk Bermula Menjalankan Perusahaan Maklumat Ini.

Baiklah, terdapat dua situasi masalah yang akan anda alami jika anda mengalami sindrom masalah yang saya jelaskan dia atas.

(1.) Mahu menjalankan perniagaan produk maklumat tetapi tidak berminat untuk menghasilkan produk maklumat sendiri.

Jika anda berperancangan untuk tidak mahu menghasilkan produk maklumat sendiri anda boleh mencari seseorang yang dapat menghasilkan produk maklumat kepada anda.

Sebagai contoh jika anda mahu menghasilkan buku sebagai produk maklumat, anda boleh mencari

RM4,000 SEHARI HANYA MENONTON RANCANGAN TV

RM4,000 SEHARI HANYA MENONTON RANCANGAN TV

Adakah anda seronok menonton televisyen ? Mahukah anda menggunakan televisyen anda sebagai alat mencari wang ? salah satu caranya ialah dengan menjadikan rancangan membeli-belah di rumah sebagai landasan anda untuk mencari wang. Dengan penelitian dan kajian yang baik mengenai pasaran tempatan (di kawasan tempat tinggal anda) untuk mencari pasaran bagi produk yang luas.

Akhirnya anda akan mendapati bahawa rancangan membeli-belah di rumah memang memberikan peluang yang hebat.

Anda boleh membeli produk-produk tersebut dan menjualnya semula kepada pengguna tempatan atau kawan-kawan anda. Anda juga boleh menjadi orang tengah dan mendapat keuntungan melalui urusniaga itu.

Katakan sebuah produk untuk kegunaan rumah itu berharga RM50, anda mencari pasaran dan membuat pesanan secara pos bagi jumlah yang banyak kemudian anda menjualnya dengan harga RM80. Setiap satu anda akan mendapat untung sebanyak RM30. Ini adalah contoh termudah yang boleh dilakukan .

Satu cara lagi untuk mencari wang hanya dengan rancangan infomericals yang keudara dan anda boleh memohon untuk menjadi hos atau penyampai atau juruhebah untuk rancangan pengiklanan.

Anda mungkin boleh menghubungi salah sebuah stesen televisyen tersebut. Rancangan televisyen dan penyiaran adalah merupakan satu industri yang sangat kompetitif pada masa sekarang.

Disebabkan wang pengguna dan pengiklan adalah merupakan satu perkara penting yang perlu difikirkan di dalam penyusunan program jualan barang melalui rancangan  televisyen , ia harus dilakukan dengan berhati-hati.

Persaingan yang ada di dalam industri ini juga telah memberikan peluang yang sangat besar kepada dunia perniagaan. Jika anda boleh melakukan sesuatu kebaikan, contohnya dengan menjadikan jumlah penonton rancangan TV untuk produk tersebut meningkat sudah tentu anda boleh menjadi terkenal. Anda akan dicari serta ditawarkan peluang yang baik, atau anda boleh menjadi orang tengah (broker).

Anda boleh menerima tawaran dengan mengikat kontrak dan sebagainya.

Anda juga boleh menjadi broker yang berperanan untuk mencari pasaran mengetahui pasaran pelanggan anda. Broker juga berperanan menghubungkan pihak pengiklan dengan pihak pengusaha stesyen televisyen.

Peranan broker sebagai orang tengah adalah penting lebih-lebih lagi apabila beliau telah biasa berurusan dan ini boleh memberikan komisen yang baik kepada pihak broker yang dibayar oleh pihak pengusaha stesyen dan juga pihak pengiklan.

Stesyen penyiaran merupakan satu industri yang sangat kompetitif dan kadar bayaran untuk iklan juga sangat besar dan berbeza-beza diantara satu dengan yang lain.

Seringkali terjadi di mana sebuah stesyen penyiaran tidak mempunyai pegawai pemasaran yang mana boleh menjadi sumber pendapatan yang memang menguntungkan.

Sebagai seorang broker adalah menjadi tugas anda untuk mencari pasaran baru dan membantu stesyen penyiaran anda.

Apabila berurusan dengan pelanggan anda (pengiklan), anda perlu menerangkan dan memberitahu bagaimana anda boleh menjimatkan kos mereka sama ada dalam bentuk wang atau pun masa dengan menggunakan kaedah khusus yang anda ketahui.

Ini kerana bajet pelanggan anda sudah tentu terhad, mereka hanya akan membelanjakan wang kepada perkara yang lebih efektif sahaja.

Mereka hanya akan lebih berminat dan tertarik kepada perkara yang boleh menambahkan wang mereka sahaja. Peranan sebagai seorang broker adalah untuk membantu mereka membuat keputusan penting ini.

 Page 4 of 15  « First  ... « 2  3  4  5  6 » ...  Last » 
Login