Mengurangkan perbelanjaan

Kita selalunya membelanjakan wang untuk banyak perkara. Ada diantaranya memang perbelanjaan perlu seperti sewa rumah dan membeli makanan serta membayar bil-bil dan juga membeli pakaian.

Banyak juga diantaranya adalah tidak benar-benar perlu tetapi kita libatkan juga seperti perbelanjaan berkaitan kereta, barang hiasan rumah dan ada juga diantaranya belanja untuk keperluan mewah yang sama sekali tidak diperlukan atau digunakan dan sebenarnya kita boleh ketepikan perkara tersebut.

Rahsia mengurangkan perbelanjaan ialah dengan cara menilai semula keseluruhan perbelanjaan dan memotong perbelanjaan yang tidak diperlukan dan yang boleh dielakkan tanpa menjejaskan mutu hidup anda.

Bukan tidak boleh melancung atau makan diluar, tetapi ada baiknya masa yang ada itu digunakan untuk merancang kewangan anda.

Terdapat juga perbelanjaan yang tersembunyi, contohnya anda boleh menjimatkan penggunaan gula, dan mengurangkan merokok.

Dengan cara ini sebenarnya tanpa anda sedari bahawa anda boleh menjimatkan beribu-ribu ringgit setahun. Anatara perkara yang boleh dijimatkan perbelanjaannya ialah seperti berikut :

  • Rumah Sewa

Pindah kerumah yang harga sewanya lebih murah, atau berkongsi menyewa atau membeli rumah sendiri kerana ianya lebih menguntungkan untuk jangka masa panjang.

  • Kad kredit

Bayarlah secepat mungkin unuk mengelakkan bertimbunnya bunga.

  • Kelengkapan Rumah

Gas, letrik, minyak atau bahan api patut digunakan dengan jimat. Ringkaskan perbualan telefon anda, dan anda juga boleh membuat panggilan pada waktu malam kecuali untuk kecemasan. Panggilan pada waktu malam atau diluar puncak adalah menjimatkan kerana kosnya lebih murah.

  • Makanan

Membeli banyak sekaligus adalah lebih murah. Beli dari pasar minggu atau pasaraya borong. Kurangkan makan yang berlemak yang biasanya lebih mahal. Sebalinya makanlah makanan yang berkhasiat tetapi lebih murah. Jika ditempat kerja anda mempunyai kantin, bolehlah makan dikantin dan kurangkan makan diluar. Begitu juga minuman jika anda kerap membeli mineral water lebih baik anda membeli penapis air. Membeli pati jus adalah lebih murah berbanding daripada air yang siap dibancuh.

  • Pakaian

Membeli baju yang berkualiti dan tahan lama adalah lebih baik dari terlalu kerap membeli baju yang murah tetapi mudah rosak.

  • Kereta

Jika jarang menggunakannya tidak payah membelinya. Jika selalu menggunakannya, belilah model yang ekonomik. Servis dan baiki sendiri apa-apa yang mudah. Basuh sendiri kereta anda. Selalulah mengetahui harga membaiki kereta dan harga komponennya.

Related posts:

  1. Bagaimana membuat blog cara mudah Bagaimana membuat blog cara mudah. Hari ini ramai orang yang...
  2. Rahsia Buat Duit Di Internet Siapa Lagi Yang Mahu RM500 Setiap Hari Tanpa Perlu Kerja...
  3. Menjana Trafik Website Atau Blog Anda. Kaedah Meningkatkan Trafik Website Atau Blog Anda. Pada ketika ini...
  4. $50,000 Sebulan Bisnes Dari Rumah Seorang pakar pemasaran pernah berkata : Apabila setiap orang adalah...
  5. RM4,000 SEHARI HANYA MENONTON RANCANGAN TV RM4,000 SEHARI HANYA MENONTON RANCANGAN TV Adakah anda seronok menonton...

Tagged with:

Filed under: Tips Kekayaan

Like this post? Subscribe to my RSS feed and get loads more!